Sekarang ni, baru bulan Jun 2011.....tapi dah mula sana sini iklan aneka biskut raya . Pembuat biskut dah mula merangka strategi & budget, manakala pembekal pula sibuk mencari sumber yang terbaik dan kalau boleh yang paling sedap & paling murah !!!!
Kelas kelas biskut raya dah pack mengatur jadual mengajar biskut raya terkini dengan nama nama terbaru lebih komersial.
Surirumah yang rajin buat biskut raya pula sibuk mencari resepi terbaru...ada yang google je...ada yang rajin ke pameran buku atau kedai buku semata mata mendapatkan buku resepi biskut raya 2011 ilham chef terkenal Malaysia.
Bagi bakal pembeli....mungkin masih belum berjangkit 'demam biskut raya' ni lagi....dia orang ni sibuk mencari kain ela untuk ditempah sebelum kedai jahit dah tak terima lagi.
Inilah yang memberi motivasi kepada LOVETTE BAKERS untuk sama sama memeriahkan suasana dan memenuhi permintaan pasaran tempatan.
Anyway...apa apapun kepada yang belum ganti puasa tahun lepas, silalah berbuat demikian ......sebelum terlambat.

Sunday, June 12, 2011

Saturday, June 4, 2011

Cheese Tart

Order dari Cik Liza lagi sekali, kali ni dia nak 50 pcs Cheese Tart Blueberry Filling, 
50 pcs Cheese Tart Strawberry Filling & 50 pcs lagi Cheese Tart Mix Filling.
Dia ambil di Pick Up Point, Bt 5 Tampoi, 2/6/2011, 6.30pm.











Tuesday, May 31, 2011

Cheese Tart


Cheese Tart ini di tempah oleh Puan Mahyah dari Taman Sri Pulai, untuk terus dibawa ke Ipoh  sebagai buah tangan .( 27/5/2011, 1.30pm)

Thursday, May 26, 2011

Cheese Tart


Cheese Tart yang ditempah 'lagi' oleh Cik Liza dari Tampoi, 
pada 26hb' Mei 2011 , 6 petang ( Khamis ).
sekali lagi dia nak 'campur' filling, maksudnya ada sikit filling 
Blueberry, ada sikit filling Strawaberry & sikit filling Kiwi.

Tuesday, May 24, 2011

Chocolate Cover Oreo

Chocolate Covered Oreo with Edible Image

Chocolate Covered Oreo with patern


Untuk bekas di atas :
Harga RM1.20 satu

Untuk bekas di atas :
Harga RM1.00 satu








Monday, May 23, 2011

Recipe for chocolate cake

KEK COKLAT


Bahan bahan :


500g       tepung berserbuk penaik    (diayak bersama )
1st           garam                                    (         "                   )
3/4 cwn   serbuk koko                          (        "                    )
500g       gula kastor
500g       mentega
10 biji      telur
1st           esen vanila
1/4 cwn   susu segar UHT
                gula aising ( untuk ditabur )


Kaedah :



  1. Mentega & esen vanila dipukul dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur & kacau sedikit sebelum dicampurkan dengan tepung & susu.
  3. Gaulkan adunan sehingga rata & tuangkan adunan terebut kedalam tin kek loaf yang telah dilenserkan dengan marjerin cair serta dialaskan dengan kertas minyak.
  4. Ratakan permukaan kek dan bakar di dalam oven bersuhu 170 Celcius, 45 minit.
  5. Sejukkan & ayakkan sedikit gula aising di atasnya.
  6. Jika suka, kek coklat boleh dihias dengan coklat parut.

******************************************************


KEK SPAN COKLAT


Bahan bahan :

200g      tepung gandum  ( diayak bersama )
50g        serbuk koko       (   "                     )
secubit   garam                 (   "                     )
8 biji      telur
250g      gula kastor
100g      air
125g      marjerin cair
25g        ovelette
1st         serbuk penaik


Kaedah :



  1. Putar semua bahan (melainkan marjerin cair) selama 8 - 10 minit dengan menggunakan mesin pemutar.
  2. Masukkan marjerin cair & kacau hingga sebati (jangan mengacau terlalu lama, span akan berminyak)
  3. Tuangkan adunan kedalam tin yang telah berlenser dengan marjerin cair & beralaskan kertas minyak.
  4. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 170 Celcius selama 30 minit.






AISING

Krim Mentega


Bahan bahan :


500g mentega
500g marvello (sejenis marjerin utk buat krim mentega)
500g gula aising (diayak)
160g putih telur
1 st   esen vanila


Kaedah :


1. Putar mentega dan marvello sehingga kembang.
    masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga gebu dan putih.
2. Krim mentega ini boleh diperasakan dengan bahan bahan berikut :
    Jus buah buahan
    Coklat Cair
    Badam Cincang
    Kopi ( 1 st dilarutkan dengan 2 st air )
    Buah buahan dalam tin ( dicincang kasar )
    Kacang tanah ( dicincang)




**************************************

Aising Hiasan
( digunakan untuk membalut kek )


Bahan bahan :


450g Gula aising (diayak)
2 biji putih telur
1sb sirap glukosa
Gula aising untuk ditabur


Kaedah :



  1. Isikan putih telur & sirap glukosa kedalam sebuah bekas kaca.
  2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit & kacau dengan senduk kayu.
  3. Keluarkan adunan dari bekas & uli sehingga adunan rata. Uli di atas meja ditabur dengan gula aising. ( Jika adunan nampak dan terasa masih berderai, tambahkan sedikit lagi putih telur & jika agak lembik, tambahkan sedikit gula aising )
  4. Pastikan aising hiasan ini sentiasa ditutup atau disimpan di dalam beg plastik untuk mengelakkan aising menjadi kering.


Monday, May 2, 2011

D' TARTLETTE

1 January 2011...

Syarikat LOVETTE BAKERS RESOURCES adalah pengeluar 
produk jenama D' Tartlette, di antaranya ialah :


Tat Nenas Special


Cheese Tart Blueberry


Tempahan seeloknya dibuat selewat lewatnya seminggu sebelum tarikh penghantaran kerana produk dibuat hanya  berdasarkan order pelanggan.
Penghantaran percuma untuk di sekitar Kangkar Pulai, Taman Sri Pulai, Taman Teratai & Taman Universiti.

Kami sedia menerima tempahan sepanjang tahun.
Harga ditawarkan termurah dipasaran semasa iaitu RM25.00 / 50 pcs.

*****************************************************************
9/5/2011

RM15.00 / 28 pcs

RM50.00 / 100 pcs
Order dari Puan Rose di Tampoi, untuk nak bagi ke Tadika hari Isnin 9/5/2011.

Dia telipon hari tgh hari Sabtu 7/5/2011, makanya malam Sabtu tu ada jemputan kenduri & Ahadnya pulak jemputan kahwin di area Tampoi. Mengenangkan dah alang - alang nak ke Tampoi hari Ahad tu, rasanya boleh singgah jap ke rumah Puan Rose untuk hantar order tu....tapi bila masa nak buat? Ini dah kira kategori 'last minutes' punya order, kalaulah  tidak ada jemputan atau program lain, Insya Allah.  Tapi kan....kata orang, nak seribu daya, tak nak seribu dalih, betul tak?

******************************************************


Pada 20hb' Mei 2011, jam 2.14pm , di luar rumah ribut petir berdentam dentum dan hujan selebat lebatnya, elektrik terputus pulak tu.....dan masa itulah aku menerima order Cik Liza, dari Tampoi.   Dia order 100pcs tapi filling nak ada Blueberry sikit, Strawberry sikit & Kiwi sikit.  Eh! no problem, small matter beb....
No matter what happen the business must be go on!!!

Kalau nak filling Apple pun boleh....lagi sedap......
Kalau nak special lagi Filling coklat..peeeh! best tau






Pada 21hb' April, 8.30pm , cheesetart yang di order oleh Cik Liza telah diterimanya. Dia nak terus bawa cheese tart itu terus ke Singapore. Aik!!! terus keluar negara cheese tart aku ni ye.  Yang aku ni bila lah nak ke Singapore, last sekali aku pergi sekitar tahun 1988 ...wah dah lama tu. Tak pe..biar cheese tart aku pergi dulu....nanti tuan nya menyusul kemudian. Kalau panjang umur , Insya Allah.