1 January 2011...
Syarikat LOVETTE BAKERS RESOURCES adalah pengeluar
produk jenama D' Tartlette, di antaranya ialah :
Tat Nenas Special
Cheese Tart Blueberry
Tempahan seeloknya dibuat selewat lewatnya seminggu sebelum tarikh penghantaran kerana produk dibuat hanya berdasarkan order pelanggan.
Penghantaran percuma untuk di sekitar Kangkar Pulai, Taman Sri Pulai, Taman Teratai & Taman Universiti.
Kami sedia menerima tempahan sepanjang tahun.
Harga ditawarkan termurah dipasaran semasa iaitu RM25.00 / 50 pcs.
*****************************************************************
9/5/2011
RM15.00 / 28 pcs
RM50.00 / 100 pcs
Order dari Puan Rose di Tampoi, untuk nak bagi ke Tadika hari Isnin 9/5/2011.
Dia telipon hari tgh hari Sabtu 7/5/2011, makanya malam Sabtu tu ada jemputan kenduri & Ahadnya pulak jemputan kahwin di area Tampoi. Mengenangkan dah alang - alang nak ke Tampoi hari Ahad tu, rasanya boleh singgah jap ke rumah Puan Rose untuk hantar order tu....tapi bila masa nak buat? Ini dah kira kategori 'last minutes' punya order, kalaulah tidak ada jemputan atau program lain, Insya Allah. Tapi kan....kata orang, nak seribu daya, tak nak seribu dalih, betul tak?
******************************************************
Pada 20hb' Mei 2011, jam 2.14pm , di luar rumah ribut petir berdentam dentum dan hujan selebat lebatnya, elektrik terputus pulak tu.....dan masa itulah aku menerima order Cik Liza, dari Tampoi. Dia order 100pcs tapi filling nak ada Blueberry sikit, Strawberry sikit & Kiwi sikit. Eh! no problem, small matter beb....
No matter what happen the business must be go on!!!
Kalau nak filling Apple pun boleh....lagi sedap......
Kalau nak special lagi Filling coklat..peeeh! best tau
Pada 21hb' April, 8.30pm , cheesetart yang di order oleh Cik Liza telah diterimanya. Dia nak terus bawa cheese tart itu terus ke Singapore. Aik!!! terus keluar negara cheese tart aku ni ye. Yang aku ni bila lah nak ke Singapore, last sekali aku pergi sekitar tahun 1988 ...wah dah lama tu. Tak pe..biar cheese tart aku pergi dulu....nanti tuan nya menyusul kemudian. Kalau panjang umur , Insya Allah.








No comments:
Post a Comment